DAY 1 deman

DAY 1

Hari nie mulanya start demam, habis semua emosi terganggu. . Aku masih lagi larat nak berjalan n becakap dengan orang. . 

Hopefully esok dh sehat. . Tayah laa demam lama lama buang masa pulak aku rasa. . 

Harini lemah badan dengan tiba tiba, pegi mencari klinik tapi hampanya semua klinik tutup di kawasan changlun,kedah . . 
Aku masih mampu drive untk mencari sebab aku tanak diri aku dilanda sakit . . 

Pegi ke tempat kerja semula dn memberi tahu ayah nk rehat sebentar. . Aku mengambil masa beberapa jam untuk melelap kan mata ingat kan bila dah rehat tu dah kira sehat tapi semakin lemah badan2 nie . . 

Aku pejam kan mata aku lagi sekali dengan harapan bila aku buka mata aku sehat seperti sedia kala. . Minit minit yg aku lalui aku bermimpi mak datang mengusap kepala ku dan meletakan kain di atas sekapala πŸ˜” waktu itu aku rasa dingin dan segar rasanya. . 

Dengan harapan yang cukup tinggi aku membuka mata untuk menerpa mak aku yg sedang mengusap kepala tapi yang aku lihat adalah tangan aku sendiri meletakn bantal di atas kepala dan yg usap kepalaku tdi adalah tangan aku yg mengurut kepala yg sedang sakit tadi. . Bergenang air mata aku secara tk sengaja aku cuba tarik nafas sedalam dalamnya supaya berhenti menangis. . 

....... bersambung

SEBAB IA berlaku

Sapa kata aku tak mempunyai hati dan perasaan?

Nak tahu tak perasaan aku bila kehilangan seorang mak yang sentiasa menguruskan tanggungjawab harianya . . 

Mak aku dulu membebel mcm mana pun dia MASAK tu pekara wajib dalam hidup dia. . Tak kesah la berada dekat mana sekali pun dia tetap akan sentiasa pikir pasal makan. . Aku dan abang tak penah belapa bila balik kerumah sebab lauk pauk yang dihidangan walaupun simple tapi dah cukup menawan perut nie. . 

Sekarang dia dah pun pergi buat selamanya kami menjalankan kehidupan seperti biasa tapiiii sangat berbeza pemakanan kami tidak lagi terjaga. . Apa yang ada depan mata bantai je janji perot sentiasa berisi. . 

Kadang2 orng tanye tak makan nasi tapi gemok jer. . Haaa nak bagi tau nie tak makan nasi bukan sebab tade duit atau makanan tade jual bukann!!  TAPI SEBAB TAK SEDAP LANGSUNG TAK ADA YANG MENYELERAKAN. . Sebab tu aku bantai makanan tak sehat macam maggie dan macam2 lah sebb tu je boleh buat aku kenyang dan HAPPY. . 

Sapa kata aku tak lapaπŸ˜”πŸ˜” aku lapa orang tk paham apa perasaan aku waktu itu. . 

Selepas tu ada yang tanye lagi nape tak MASAK SENDIRI tak pandai masak ke. . ?

Ha nie nak jawab . . Aku bukan tak pandai memasak tapi nikmat makan tu tak ada PAHAM!! Aku masak sedap2 aku makan sorang2 korang paham perasaan tu tak?? Mesti tak kan. . 

Tayah pikir jauh laa kau bayangkan je hari2 kau makan makanan yg di masak oleh mak kau tiba2 satu hari kau kena dok jauh dan kena masak sendiri waktu tu pulak kau makan sorang. . Bila kau dudok nak suap nasi tu kau akan menitik air mata teringat kan dia secara tidak sengaja. .  Tu baru jauh belom pegi selama lamanya macam aku lagi kan. . . 

Perasaan kau lagi sedih bila secara tiba tibanya orang ungkit pasal duit dan pasal makan . . Kalau sekali sekala tak apa nie hampir setiap hari. ..😟 

Emmm mood down betol laaa. . Nanti sambung la ye....

MAHAKARYA mimpi

Aku memang tak layak pun nak dapat kebahagiaan macam orang lain. . Apa yang layak aku nie dapat belas kasihan je. . 

Hati aku sakit bila ada setengah manusia menipu diri aku seolah olah aku nie tak mempunyai otak . . Bila aku dah tahu sesuatu benda aku cuba diamkan dan simpan rapi di kotak fikiran aku ,dah tiba masanya aku akan menanyakan soalan tersebut tapi orang masih mengidak kan apa yang dah di lakukan. . Kenapa  harus menipu? 

πŸ˜”kalau mak ada aku dah mengadu semua benda nie. . Hati aku remuk bagaikan dipijak sang gajah sehingga aku terkapai kapai meminta pertolongan. . Aku cuba meloloskan diri aku supaya tidak berlaku lagi tapi setiap kali kebahagiaan aku dapat kemudian diakhiri dengan kedukaan nape lily napeeeee?????

Apa lagi yang aku silap apee lagii!! Hidup aku sampai kesudah penuh dengan tanda tanya ,tanpa mempunyai sebarang jawapan yang tepat . . 

Durjana benar sihati yang lara ,
Kau membuat hati aku hancur berkecai,
Penipuan mu bak si arnab dan si kurakura,
Aku dilahirkan memang sebegitu rupaa....

Hari demi hari makin tenggelami kebahagiaan sebuah keluarga. . Satu persatu akan pergi meninggalkan dunia. . Aku yang ditinggalkan akan terus dipijak oleh manusia kerana keluarga yang aku sanjunggi sudah pun pergi membawa diri😭😭😭

Mak balik lah jemput  anakmu mengikuti dirimu
Tak sanggup lagi dibuli dengan permainan duniawi iniπŸ‘‰πŸ‘ˆ

KAWALAN dunia

Aku nie ibarat  lahir tade guna langsung semua menimbulkan masalah. . Kalau lah ade kaunter pertanyaan tentang hidup, aku nak tanya hati,perasaan dan jiwa nie sebenarnya untuk apa? 

Kenapa lagi aku guna dan lagi aku jaga makin teruk jadinya kenape yeh? 

Orang pernah berkata pada aku satu ketika dulu, jika hati, perasaan dan jiwa tu bergabung dia kan menjadi satu letusan tanpa kita sedari  dan dri situ sebelah pihak harus meredakan. . 

Tapi apa yang aku dapat bila keadaan tegang ia semakin tegang seperti tak akn lendur langsung. . . 

Hahhah nasib kau la lily idop kau, memang dah macam tu pun takan pernah berubah. . Bahagia kejap then akhiri dengan kesedihan .  .


BURUAN masa

Hampir seminggu aku pulang ke kl untuk menghabiskan masa cuti aku. . Aku ibarat bru dapat membebaskan diri aku daripada sangkar kehidupan yang dipanggil kerja. . 

Jika aku tk kerja mana aku nak dapat duit kan. . Itu je yg aku pikir hari2 sehingga dia membuat aku serabut sangat. . 

Tapi kenapa aku jadi sebegini rupa, hidup aku ibarat tiada arah tuju. . Semuanya terumbang ambing seperti tiada bimbingan hidup. . Mungkinkah aku nie masih dalam usia muda? Yang masih bodoh untuk mengenal mana yang kanakkanak dan mana yang dewasa?????

Walaupun usia aku sekarang 21 tahun orng kata dah boleh kawin da nie tapi aku masih lagi keanak anakan ade ke yang boleh melayan kerenah aku. . ?? Hermmm

Jawapan itu akan tejawab bila harinya sudah tiba. . .  

PEMBIAKAN kebahagiaan

Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku pada diri kita pada masa akan datang kan. . 

Kadang kala kita akan dapat pelbagai ujian tanpa kita sedari . . Ada yang susah ada yang senang. . 

Setiap apa yang kita cuba nak buat pastikan mempunyai pengisian yang tepat.  . Bila kita tesalah langkah memang payah kita nak patah balik kebelakang. . 

Diri aku dibelenggu dengn pelbagai persoalan kehidupan sehingga aku buntu hendak menjawabnya. . Tapi aku lupa Allah tu ada untuk membantu aku untuk menjawab segala galanya. . Aku yang lupa dia AKUUUU!!!!

Aku yang menghanyutkan diri aku ke lautan yang dalam, segalanya akuuu!! 

TETAPI apa yang aku pinta di jawabnya dengan sebuah ujian dari situ aku mengenal erti kehidupan sebagai seorang manusia . . Semua pun akan melakukan kejahatan tapi belum terlambat hendak untuk kembali ke jalan asal . . 

Hari hari aku meminta agar ibu aku turun 
untuk melihat aku tapi Allah memakbulkan doa aku dengan cara yang lain iaitu dengan mewujudkan seorang manusia yang dipanggil JODOH . . Aku bersyukur apa yang aku dah dapat tetapi aku masih lagi mengidak kan apa yang dia dah lakukan pada diri aku. . 

Apa lagi yang aku nak bodohhh!!! 
Tu lah kalau dah bangang, bangang jugak aku nie. . Usia makin meningkat tapi otak macam unta πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚