RANGKAIAN dunia

orang selalu menuduh aku tanpa ada asal usul cerita. . 
memang dari dlu sehingga kini tak pernah berubah, sampai 
kan aku mendidik diri supaya  bia terus dituduh. .  sebab benda tu semua aku tak boleh halang dan tak jangka pun nak jadi. . 

aku pasrah apa yang berlaku, diri aku sape yang tahu selain diri aku sendiri yang memahami. .  walaupun kecik hati tu memakan diri aku sendiri tapi tak mengapa pasti ada jalan penyelesaian untuk diri aku kan. . 

otak aku masih keanak-anak kan, semua benda nak memberontak tapi dalam hal hal kerja aku serius otak aku berfungsi dengan sepenuhnya . . jangan pikir aku terlalu bodoh tak reti buat semua benda. .
cabaran yang kau cuba berikan tidak setanding seperti mana Allah memberikan aku cabaran hidup selama ini. .  

kau cuba caba aku macam macam, kendian bila aku tak sahut cabaran kau tuh terus kau menganggap aku manusia paling tak berguna sekali ..  AKU NAK TANYE BERAPA JUTA YANG KAU BAYA AKU UNTUK SAHUT CABARAN TUH? 

bila dah lama selalu berlaku dalam hidup aku , aku pun menjadi seorang manusia yang tak kesah apa orang nak cakap. . lebih baik aku cakap ta tau pape daripada kau MENGGUNAKAN AKU SEPERTI ANJING. .  


RATAPAN

Agaknya sampai bila aku sebegini rupa?
Menjaga hati dan prasaan orang lebih dari hati sendiri. . Sapa yang tak rasa letih bila banyak benda nak kena pikir .. 


Cukup sabar aku hadap semua kebabian melanda ... cukup tabah aku mengaharungi cabaran hari. . Bila bercakap MEMBEBEL, bila diam TAK AMBIL TAHU, bila langkah ke hadapan kata GELOJOH dan bila ambil perhatian kata CONTROL
Ape laaa dasyat sangat hari yang aku tempuh nie. . 

Bila kita cuba membuat sesuatu perkara yg sama dia buat dekat kita kata MEMBALAS. . 

Sampai bila dowh. .  Makin hari makin bertambah bosan nak lalu jalan yg sama ... agaknya lagi baik bediam macam orang pekak bisu tu kot tayah cakap pape bhaahhahaha. .

PADU

Kadang kala kita terlupa katakata yang dilafaskan di setiap mulot manusia ni hanya sekada manisan harian. . 

Tambah tambah lagi dengan perkataan JANJI
 . . Haihh semua pun suka berjanji tapi tak penah menunaikan. .

Kalau la kau rasa betapa sakitnya bila janji tu hanya sekada katakata mulut manusia. . Bila difikirkan balik bodoh betul aku, mudah kena tipu, mudah pecaya dan mudah segala benda la senang cita, pastu akan berakhir dengan tangisan tanpa henti ...

Itu la aku memang susah nak ubah . . Mungkin masih ada lagi yang tak memahami macam mana peritnya nak hidup tanpa seorang ibu. .

Dulu aku meluahkan semua apa yang aku rasa, kini aku terpaksa simpan semuanya sendiri  sebab tak ade yang akan menjadi pendenga setia selain ibu yang tercinta. . Aku mohon sangat kalau lah aku dapat berjumpa dengan dia lagi sekali akan aku luahkan semuaaa apa yang aku rasa sekarang. .


Orang tak paham apa itu sunyi sebenanya..
Sebab tu orang akan cakap "alah  mengade la kau"

Wehh kau tau apa aku rasa bila korang cakap macam tu pada aku? Tak rasekan sebab tu la korang seronok cakap jee . . Aku menangis dalam hati teresak esak tau sebb tu aku tutup kan masalah aku dengan ketawaaa macam orang gila. .

Manusia nie dia suka sembang padu bila tak kena kat batang hidong sendiri je sebab tu cakap ikot sedap anak tekak . .



HARTA makanan dunia

Bila bercakap tentang cinta & sayang pasti satu hari nanti akan dikaitkan dengan wang ringgit masa akan datang 💢

Kenapa?

Sebab ia adalah lumrah manusia kan? Memang benda tu menjadi asam garam sesebuah kehidupan berkeluarga . .

Orang memikir semua kaum hawa dalam dunia nie mencintakan wang ringgit sematamata. . Kerana SEORANG BUAT TAHI semua kaum hawa dikaitkan. .

Tak semua beb mata duitan, setiap orang berbeza beza akal dan isi hatinya. . Jangan lah kau anggap semua pun macam tu atoii yaiii. .

Nasib badan la kalau dok jenis dpt perangai lagu tuh. . Harap mintk dielakn jika terjadi kepada diri aku sendiri, kadang kala aku pun tersasar jauh memikir kan masa depan sehingga lupa akan tak semua benda kita boleh beli dgn duit. ..




DUSTA JIWA

Walaupun jauh, tetap hati nie selalu berkata sentiasa dekat dengan dirinya . . Aku tak pernah percaya cinta jarak jauh nie adalah benar dalam dunia rialiti . . Selama nie sekadar drama mendengar khabar angin je... 

Hati rasa rindu tapi malu nak ucapkan dengan sejambak kata. . Ye la takan nak cakap hari2 rindu pulak en kang orang cakap tade ayat lain ke nak ungkapkan setiap hari hahahahah. . ♡

Uih haku pun tamau la bagi orang cemuih dengan perangai nie. . Kekadang tu aku tepaksa belakon dalam nada suara lain sebab aku takot bila menjadi nada diri aku akan menangis sepanjang masa . . Hahahahha macam bebudak laa haku nie pun!! Aihh

Lily kau pun tau apa yang terbaik, mintak buang sikap kekanakan kau tuh. . Beringat! Tak semua orang akan ada masa  untuk diri kau tuh adakala kau kena jugak bersendirian . . 

Perancangan telah di susun rapi hanya menunggu harinya akan tiba . . Persetujuan pihak keluarga adalah benda yang paling penting sekali dalam hidup aku jadi aku tak perlu takut lagi untuk berkongsi niat sebenar . . 

Terima kasih ayah selalu memberi sokongan utama dalam hidup nieh. . Dan abang, aku ucapkan  terima kasih sentiasa memberi kata semangat dlm jiwa aku . .  Dan yang terakhir Mr.El terima kasih kerna awak mampu menjadi segalanya dalam hidup saya . . 

DIMAMAH hari


Hari demi hari aku melalui jambatan yang semakin sempit. . Aku tak tau kenapa? Hati aku resah bercampur baur dengan pemikiran negative. . Apa akan berlaku benda yang tak sepatutnya terjadi? 

Perasaan tu mulai datang semula seperti terjadinya pada arwah ibuku dahulu. . Dengan pantas ia memberi aku perasaan yang agak sukar untuk aku memilih . . 

Adakah mimpi ngeri tu akan berlaku lagi? 
Ohhhh tidakkkkkk!! Jangann bagi aku jatuh tersungkur terok kali ini . . Aku mohon ya Allah aku mohon pada mu. . 

Wahai hati, mintak jauhkan lah benda anasir yang tidak sepatutnya masok dalam jiwa mu. . Dia membuat aku kusut tak terhingga. . Saban hari aku cuba menenangkan tapi masih tidak berjaya. . 

KESALI


aku cuba menegahkan diri aku supaya sentiasa kuat menghadapi cabaran hidup,
jangan pernah menyesali apa yang dah pernah aku lakukan . . 

didik diri sendiri supaya tidak pernah menyesal apa yang telah dipinta. .
seandainya apa yang aku doakan tidak termakbul tidak bererti aku akan lupa diri aku sendiri . .
usaha lagi dan lagi sekiranya ia masih tidak dimakbulkan tidak mengapa 
saba dan terussss usaha sampai mampus! hahahha

nampak macam apa tah kan? usaha benda yang tak memberi manfaat pun. . .
tapi tak salah kan kalau mencuba benda yang baru tanpa ada rasa putus asa? ken ken ken. . .
aku percaya mak pun tengah mendengar apa yang aku niatkan. . . semoga dia pun berdoa untuk aku supaya mempercepatkan lagi diri aku berubah dengan lebih teratur. . 




MENGHITUNG hari


apalagi aku mampu buat selain daripada berdoa kepada Allah,
aku tak mampu nak menghalang kehendak orang yang sudah merancang perjalanan hariannye. .
ya Allah bantulah aku, aku mohon padamu mendengar kata kata aku. .  

doa yang aku pinta sudah pun aku meletakan nazar
"sekiranya Allah memakbulkan doa aku ini maka demi Allah aku akan ......................"

setiap aku berdoa aku disertakan dengan air mata, aku tidak mahu merasakan kesakitan lagi 
aku mahu yang terbaik dalam hidup aku. . aku membuat nazar bukan lah untuk sesiapa pun tapi untuk diri aku sendiri supaya aku dapat mendekatkan lagi diri aku pada Allah. . 

selama ibuku pergi aku lupa akan ajaran aku sendiri , aku terleka dari semua segi sehingga aku mengabaikan apa yang wajib. . aku mempertikaikan apa ajaran aku, aku mempertikaikan kenapa Allah tidak bersama aku. . adakah Allah masih wujud?

itu lah kata-kata aku satu ketika dulu sepeti manusia yang tidak mempunyai akal fikiran . .
cakap mengikut hati tanpa berfikir terlebih dahulu. . TAPI Allah tu maha berkuasa lagi maha penyayang  dia tidak pernah tak berada di sisi aku, dia sentiasa memberi aku peluang untuk aku mencari jalan yang sebenar . . 

aku hanya berusaha untuk mendapatkan kebaikan hanya Allah akan memakbulkan dan mengizinkan permintaan ku ini . . 




MIMPI ngeri

aku pernah sesat di dalam mimpi aku sendiri sehingga 
membawa aku tersasar jauh dari tebing diri. . kini aku mulai terjaga dan tersedar dari mimpi tersebut dan mula kembali kejalan asalnya. .sepanjang perjalanan tuh banyak benda yang aku lalui sehingga membuat aku jatuh terduduk dan tak mampu bangun semula. . sikit demi sedikit aku bangun dengan bantuan keluarga tersayang , dan lebih meluaskan lagi pemikiran dan mata hati aku adalah dengan bantuan seorang lelaki yang bakal bergelar suami . .mimpi ngeri kehilangan seorang ibu bertuka menjadi REDHA. . . semua akan melalui benda yang sama tak akan ada yang dapat lari dari ketentuan Allah.. 


 aku yakin mimpi ngeri ini akan  berulang lagi sekali
tanpa menunggu  masa , dan aku yakin aku akan lebih lemah dari yang sebelumnya . .
aku berharap aku dapat bangun dengan pantas sebelum mimpi ngeri menyelubungi diri aku .. 

#khaililykamal

UBAT hati

Bila time orang lain:

Orang merajok , dipujok rapi
orang marah , diredakan
orang sakit hati, ditenangkan

dan macam macam lagi laaa. . 

Cuba bila time diri sendiri:

merajok, pujok diri sendiri
marah, cuba tenangkan sendiri
sakit hati, usaha abaikan (positive)

kalau dah ini lah hidup aku tapeee biakan lah 
nak buat macam mana terima dengan hati yg terbuka. . 
Nanti kang lebih lebih orang cakap CONTROL, TAK MEMAHAMI, OTAK KANAK KANAK, PEREMPUAN TAK BERGUNA, ANAK MANJA, dan macam macam lagi lah
semuaaaanyaaaa salahhhhhhhh!!!


KATAhati kecil

Semua manusia pun takan pernah lari daripada kesilapan . . 
Benda tu jadi satu ikutan semasa  perjalanan kehidupan seharian. . 
Didikan setiap orang lain lain jadi sape diri kita untuk menghukum orang sesuka hati betol tak?

Aku menerima dengan lapang dada jika sekiranya berlaku yg tidak diingini pada diri aku. . 
Aku tidak pernah meminta tetapi benda sebegitulah selalu mencemburui kepercayaan diri aku. . 

Hati  mudah terguris walaupun sebesar virus H1N1 . . 
Orang kata jika kita selalu terkena, hati kita akan berubah dengan pantasnya menjadi SEKERAS BATU NISAN. . 
Tetapi aku adalah aku dicipta memang macam nie selalu melihat kesilapan aku sendiri  dan mulai berubah. . Kadang kadang semua benda tu bukanye datang dari kesilapan aku sendiri pun. . 

Percaya akan diri sendiri dan jangan ikot apa orang buat 
Kau jadi diri kau.   Kalau kau rasa dah melampau sngat orng buat kau
nangis je puas puas sampai kering air mata tu kendian dah letih tido laaa
hahahahah tak susah kan. . 

Tak usah ambik hati dengan benda kecik kecik nie buang masa je. .
pikir positive  udah lee. . 

#khaililykamal

JEJAK perantauan


kadang kadang aku terpikir satu benda yang sangat musykil dalam hidup aku, selalunya akan berubah  pada bila bila masa tanpa aku sedari. .  
mungkin aku masih lemah akan permainan dunia kerna itu aku mudah terleka dari pelbagai segi. .
sekarang aku menemui jalan kebahagian esok lusa kita tak tahu apa akan terjadi kemungkinan kesakitan akan kembali menghancurkan diri aku . . 

aku berharap si pembahagia akan membawa aku kejalan yang benar dan tidak kembali jalan yang penuh dengan kisah ngeri . .  ya aku tahu selepas ini aku akan di uji dengan pelbagai rintangan  . . sekarang baru aku lalui tahap pertama dan kemudian akan disusuri dengan tahap seterusnya ..

sejahat jahat aku, aku tetap akan kembali kepada yang maha pencipta untuk aku merayu dan meminta HIDAYAH yang lebih besar untuk aku . . sekarang aku diusung dengan igauan semasa lupa kan diri yang telah jauh ditinggalkan . . 

tapi aku yakin Allah tidak pernah meninggalkan aku, dia sentiasa membantu dan menjuk kan jalan yang benar. . pabila aku melakukan sesuatu yang jahat dan keji, secara PANTASnya dia memberi pembalasan setimpal tanpa menunggu waktu . . aku menanggung akibat diatas perbuatan aku sendiri . 
sekarang seharusnya aku menyedari kebahgiaan itu aku yang menghianati bukan lah dari pihak yang lain. . lily bukak mata seluas luasnya dan lihat apa yang berlaku atas tindakan kau sendiri dan jangan pernah kau lupa akan kembali ditempat asal jika kau dah tersasar jauh dari iman sebenar kau . .

DEBUNGA jiwa

susah untuk kita mengarah jiwa untuk melakukan benda yang lebih matang,
sebab pendirian kau sendiri tidak tetap kerna itu setiap kawalan kau tidak berfungsi. .
bila pemikiran kau mulai tegas akan diri sendiri dari situ lah kau dapat kawal dari pelbagai segi . .

mungkin sebelumnya aku dibuai mimpi sehingga aku lupa untuk menyedarkan diri aku yang aku sedang dibawa jauh dari dunia sebenar. . .pabila aku mula menyedar akan diri aku  sudah pergi jauh dari dunia sebenar , aku mula menyentak jiwa aku bangun dan mula berkata "lily kau dah terlalu jauh tersasar kau kena kembali ke asal" dan dari situ aku berjalan semula ke diri aku untuk menyedari akan mak tak akan pernah kembali tapi dia selalu ada dalam diri kau ..

tentu dia sedih melihat aku selalu meratap namanya dan meraung memanggil dirinya. .
arhhh! aku tamau benda ini berulang lagi. . . bangun lily kau kena teruskan apa yang dah ade di depan mata , kau kena mencipta sejarah yang baru dan buku yang baru. .  jangan pernah kau pandang masa yang lepas sebab benda benda itu yang akan merosak kan kau kembali dengan sepantasnya. .

xoxo :khaililykamal

SEMERAH HATI

kebahagiaan itu datang kembali menusuk hati,
aku berharap kali ini tidak melukan jiwa seperti yang lepas. . 
pilihan kali ini adalah pilihan aku sendiri dengan hasil usaha aku sendiri
jadi cukup kukuh kenapa aku nak berdiri lama . .

perubahan yg berlaku amat lah ketara, dengan keputusan yang sangat memberangsangkan. .
aku tak menyangka dengan perubahan sikap diri sendiri seperti remaja yang tidak matang kini telah menyedari akan semua itu. .

ajar diri  supaya tidak kejam akan diri orang lain , kerna ia akan  memberi kesan buruk terhadap diri sendiri pabila masa akan datang. . .  tak salah kalau kau bersabar buat seketika kan lily :)

dulu aku selalu menyalahkan diri aku sendiri apabila aku membuat sesuatu kesalahan kecil mahupun besar seperti mencederakan diri tanpa aku sedar . . . ohhhh! bangang nyee lah aku nie

but now tiada lagi, kau kena bangkit lily, jangan kembali ke masa lampau kau 
benda tu bodoh bercampo bangang  tau tak!!!!

hahahhahaha bila teringat balik bia lah benda tu berlaku pun sebab benda2 mcm tu lah mengajar diri kau supaya menjadi lebih kuat lagi. .

xoxo :khaililykamal