Ranjau kehidupan

Tak mengapa lah mungkin bukan jodoh akukan.. Saba  wahai hati ... setiap ujian yang diberikan ada sebabnya yg kita ta tahu..

Menangis membuat muka menjadi sembab seperti zombie nak buat apa kan.. 

Ahahahahhaha xoxo :khaililykamal

Teringinn sangat sangat

Aku teringin sangat nak balik ke zaman dulu sewaktu mak ada bersama dengan keluarga aku... Setiap pagi ahad aku disajikan dengan pelbagai makanan yang enak rasanya.. 

Tidur aku dengan tiba tiba terjaga pabila terbau masakan mak aku di dapur.. Hahahahha dia tayah kejot pun aku dah jaga dengan sendirinya..

Itu la masakan seorang ibu yang tiada tandinganya.. 

Tapi sekarang tidak lagi, pabila bangon terus pegi ke bilik mandi dan menyiapkan diri aku secomel yang mungkin hehehehehe kemudian aku terus keluar rumah untuk pergi ke kedai untuk mencari rezeki harian..

Itu lah rutin harian aku, akan diulang alik sampai bila2 pun

Mengadu

aku tak boleh tido dengan tenang selagi tiada peneman yang dapat mendengar semua rintihan aku pada
setiap hai. Hari-hari aku menangis dalam hati dan menahan air mata keluar dari mata aku. Aku sangat2 memerlukan orang yang dapat mendenga masalah aku. Walaupun apa yang didepan mata tak dapat nak memahami apa yang aku mahukan, tak mengapa aku cuba usaha lagi dan lagi sehingga aku dapat memberi dia faham apa masalah hidup aku ..

kalau dah hakikatnya aku tetap kena pendamkan segala-galanya sehingga mati pun, aku terima dengan lapang dada..

peredaran Zaman

kadang kadang rasa sedih je sebab selalu berkhayal atau berangan dengan diri sendiri untuk mendapat benda yang SUDAH PASTI TIDAK AKAN DAPAT .. 

selalu dengar ayat orang akan berkata "ehh lily cuba tengok cake adik tu ade hello kitty ce la pegi tengok". . . aku nak pegi tengok tapi dari buat aku berangan sorang2 nak buat apekan baik tayah tengok langsung..

kalau bukan beli untuk diri sendiri sampai mati pun takan dapat cake special macam tu.. kalau ada mak lain la, dia akan usahakan jugak jugak permintaan anak dia .. aish apa kan aku nie merepek je hahahahahah --"

alah tak ape la walau apa pun bialah aku sendiri yang berangan untuk diri sendiri bukan kacau orang pun kan kan kan!!! hidup dalam bayang bayang sendiri bukan susah pown, nati dah rasa bosan kelua la dari bayang bayang kau tuhh hahahahha

Update Harianku..

Kehidupan tanpa MAK


SUNYI SEPI bermaksud:
Bukan sunyi disebabkan tiada siapa yang menemani hidup aku,
 tapi sunyi dengan bebelan dia pada setiap hari yang sedang mengajar aku.


LAPAR/DAHAGA bermaksud:
Bukan lapar/dahaga disebabkan tiada makanan atau tiada duit untuk makan,
 tapi lapar/dahaga dengan makanan yang di masak dan minuman yg di bancuh oleh dia.


SEDIH bermaksud:
Bukan sedih sebab bf/gf yg melukakan hati, 
tapi sedih aku tiada tempat untuk mengadu pabila aku ada pelbagai masalah.


MENANGIS bermaksud:
Bukan menangis kerana aku sengaja mengatal mahupun mengada, 
tapi aku menangis tanpa aku sedari bila aku teringat sesuatu yang dapat mengimbau kembali masa zaman kami bersama.



Kadang kadang aku mengadu di dalam hati, aku hidup nie seolah olah terpaksa.
 bila aku ketawa tanpa had itu bermakna bukan aku GILA! tapi aku sedang melepaskan sesuatu yang sedang aku pendam.

First PUASA

Puasa tahu ni seperti tahun tahun yang lepas , aku menjalani satu peringkat  kesedihan apabila hari pertama puasa. .  sebab asik terpikir "bagaimana lah aku berbuka nanti ye?"

alhamdulillah hari pertama berbuka puasa "berjalan dengan lancar" sebab aku berniaga di Bazar Ramadhan, mungkin kurang la sikit aku pikir sebab PENAT lakatekan.. hahahh

Puasa tahun ni Allah tunjukan macam macam jenis dugaan cuma kena TABAHkan hati, Kuatkan semangat diri sahaja.. Mungkin selepas ini Allah akan memberi ganjaran yang besar untuk aku .. kan?

BERLAPAR

kadang-kadang orang tak tahu kenapa kita terpaksa berbuat sedemikian rupa, kerana hendak sesuatu perkara tu menjadi kepuasan diri, aku sanggup buat apa saja untuk diri aku walaupun terpaksa menaggung kesakitan. Biarlah orang nak cakap apa pun janji aku cuba usahakan apa yang patut aku buat untuk diri sendiri.

Bila usaha gigih orang tak akan nampak pun, segala-galanya buruk belaka 
tapi tak apa aku tak akan mengalah apa yang aku cuba nak buat dengan diri aku sendiri.
pandangan buruk tu membuat aku belajar erti kesabaran dan lebih berusaha lagi.

Thank you Allah  you always with me when i need you,
you never leave me alone....

Rindu tak terucap

aku rindu macam dlu dulu ade orang masak untuk diri aku ..
now susah aku nak dapat semua benda tu. walaupun rasa lapa kadang kadang tu aku tahan je sebabnya makan sorang rasa sunyi sangat .

dulu ade je orang teman........ menangis pun tade guna dah NASIB aku kan nak buat ape lagi, sekarang baru aku tahu kenapa lah mak aku dulu marah marah ataupun membebel sebab dia stress tade tempat untuk dia lepaskan ape yg berlaku sebenanya ..... 

aku pun seperti dia pendam dan terus pendam, bila meletup orang sekeliling menjadi mangsa keadaan .. setaraf dengan umur aku sekarang untuk memahami segala galanya 

biar orang tak faham aku bagaimana, janji aku faham dengan diri aku sendiri.... dimana lagi tempat untuk aku mengadu kalau bukan dengan diri sendiri. aku tak boleh memaksa orang untuk faham aku mahupun sentiasa dengan aku, kerna orang lain pun ade tugasan sendiri yg hendak mereka lakukan. sunyi macam mana pun aku cuba harungi dengan menitiskan air mata. aku mengadu dengan diri sendiri apa yang aku rasakan, orang lain tak memahami kerna dia bukan selalu dengan diri aku ...

ye la kan, sapa yang boleh berada sentiasa dengan diri kita dikala kita memerlukan, masing masing pun ade tanggungjawab masing masing kan?

Berbisik kesunyian

bila dah terbiasa dengan hidup suasana ramai orang, aku menjadi takut untuk hidup berseorangan semula.. kesunyian tu mula melekat di tiang tiang fikiran aku apabila aku cuba menyendirikan diri..




bila aku cuba untuk bersendirian aku mula terasa sesuatu benda yang menyakitkan dalam diri aku.. semua benda yang membuatkan aku rasa terhimpit datang menjelma kembali... sejauh mana aku lari, semakin dekat dia datang kepada aku ...


setiap langkah aku berjalan aku ditemani dengan orang sekeliling, tapi ade satu tahap aku kena berseorangan kerana itu lah di namakan "ujian kehidupan" ... aku kena terus saba dan terus saba menghadapi semua perkara ...

fikiran aku mula mencari persoalan dalam kehidupan aku, sehingga aku sendiri tak mampu nak menjawabnya.. ade yang kata mudah hidup bersendirian nie tapi bagi aku sakit bila hidup bersendirian.. setiap detik yang aku lakukan mesti menglirkan air mata oleh kerana SUASANA disekeliling.. 


JIWA RAGA

kadang kadang pelik..! sebab setiap peringkat umur akan melalui perjalanan yang berbeza beza.. ada yang suka ade juga yang duka....

dulu aku selalu terfikir adakah kehidupan aku akan terus menerus begini sahaja? tapi ternyata tak sama langsung... mungkin OTAK dah membesar kot? hahahaha now aku kena belajar untuk bersabar menghadapi semua rintangan. kalau aku giveup sekarang mesti aku tak dapat nak terukan kehidupan aku yang seterusnya kan. . . 

tak mengapa lily, tanpa mak memang perit kau nak hadapi tapi kau kena ingat MAK sentiasa ada dalam diri kau, dia tak pernah tak tengok apa kau buat selama nie.. mencederakan diri sendiri bukan la satu perkara yang bagus untuk menangani masalah kau tu .. kalau salah katakan salah dan terus meminta maaf pada orang itu.. 

HABIT yang palinggg bodoh  adalah : pabila aku dah membuat perkara yang salah aku mesti mengajar diri sendiri dengan cara menyakiti diri aku sendiri kunun BERINGAT tidak akan buat benda yang sama lagi...haihhh bodoh bodoh

xoxo : beringat tau kawan kawan cari orang yang terdekat untuk melepaskan segala galanya, jangan simpan dan terus menyimpan dalam lubuk hati sebab satu hari nanti dia akan penuh dan akan meletup pada bila bila masa. BAHAYA!!!!


DALAM HATI...

Kan betol cakap aku. . bila dah mempunyai satu perubahan yang baik, mesti bende lain pulak akan berlaku . . haihh sampai bila la agaknye. . 
Simpan atau pun pendam sakitt  sangat rasenye tapi ape boleh buat kan. .  aku kena terus nangis nangis dannnn nangis sampai dapat apa jawapan yang seterusnya

dalam kehidupan aku diselubungi dengan banyak character ... bila aku MENANGIS, aku terpaksa SENYUM. . . bila aku banyak masalah, aku terpaksa SIMPAN. . dalam hati selalu berkata, aku selalu membuat perkara menonjolkan kebodohan diri sendiri , supaya semua perilaku masalah aku TERJAGA & TERSIMPAN RAPI. . 




SIMPAN

bila semua benda cuba merahsiakan dari pengetahuan semua orang , terasa penuh pulak dalam lubuk hati nie. .  dengan cara menangis terluah lah segla galanya . . walaupun dengan cara begitu dapat lah ruangan kecil untuk menyimpan masalah yang seterusnya. .

sampai bila aku nak pakai topeng yang ada di wajah aku ini? aku penat menyimpan semua kesakitan yang ade . .bila berdepan dengan orang ramai aku cuba memberikan sebuah senyuman yang paling terbaik yang pernah aku lakukan . . 

bila la agaknya aku dapat meloloskan diri aku dengan semua masalah nie?


SPECIAL

aku paling menyampah dengan diri aku nie ha? 
ada masa ok, ada masak idok. . .  adeih --"


membuat keputusan sendiri benda paling malas nak pikir. . tapi hidup aku nie sama je nak buat ape semua nak kena atur baik baik supaya semua hati & perasaan  berpuas hati dengan tindakan aku lakukan. .macam tade beza pulak dengan sebelum sebelum nie . .  

bila la agaknya aku dapat special day?

SAMPAI BILA AGAKNYA?


PERUBAHAN

dalam kehidupan aku melalui satu perubahan yang sangat anih. .
apa yang aku mahukan tak semudah ape yang aku bayangkan . .aku mintak orang cuba memahami aku tapi sebaliknya LEBIH BAIK AKU MEMAHAMI ORANG LAIN TERLEBIH DAHULU  . .

bialah  orang yang besama aku tak faham apa yang aku cuba sampaikan, janji aku berusaha benda tu sebaik mungkin YANG AKU MAMPU BUAT. .selama ini aku sangka kan ade tempat mengadu tapi tiba tiba berlaku perkara tak diduga. .  tak apa lah , simpan tu lagi baik kan . . . bia diri sahaja yang tau apa yang berlaku selama ini. . 

senyuman terukir indah dimata semua, membuktikan kehidupan ini berjalan dengan tenang..
TAPI bila hati menangis siapa yang tahu, kebanjiran melanda dalam diri seseorang.
apa yang termampu BERTAWAKAL & REDHA
menghadapi halangan yang seterusnya..

PENIPU. .

orang selalu bejanji dengan aku macam-macam, tapi tak penah nak tunaikan .. bila aku cakap orang tanak pecaya. . . 

simpan tu lebih baik dari meluahkan . .  bialah jadi apa pun tetap aku simpan sampai bila-bila,  tak payah ada sorang pun tahu. . . tindakan menyimpan tu lebih baik dari aku dok meluahkan, SEBAB bila aku meluahkan benda tu tak akan pernah berubah seperti HATI & PERASAAN sentiasa melalui benda yang duka je. .  

STOP LILY.... simpan selagi kau boleh simpan . .  
cari mak kau lebih baik dari kau cari orang lain..

Jendela Hatiku.....

lily kau dah besarkan, maknanya kau kena sabar dalam banyak perkara. kau kena abaikan apa yang tak patut dipikirkan. 


ingat lily!! jangan pernah bagi ego yang menguasai diri kau lagi, sebab kerana ego kau banyak terlepas banyak benda... kau banyak merugikan masa dengan perkara perkara bodoh.. 

Teruskan senyum lily.. BUANG EGO - BUANG PANAS BARAN mesti kau dapat jawapan yang paling terbaik ...