peredaran Zaman

kadang kadang rasa sedih je sebab selalu berkhayal atau berangan dengan diri sendiri untuk mendapat benda yang SUDAH PASTI TIDAK AKAN DAPAT .. 

selalu dengar ayat orang akan berkata "ehh lily cuba tengok cake adik tu ade hello kitty ce la pegi tengok". . . aku nak pegi tengok tapi dari buat aku berangan sorang2 nak buat apekan baik tayah tengok langsung..

kalau bukan beli untuk diri sendiri sampai mati pun takan dapat cake special macam tu.. kalau ada mak lain la, dia akan usahakan jugak jugak permintaan anak dia .. aish apa kan aku nie merepek je hahahahahah --"

alah tak ape la walau apa pun bialah aku sendiri yang berangan untuk diri sendiri bukan kacau orang pun kan kan kan!!! hidup dalam bayang bayang sendiri bukan susah pown, nati dah rasa bosan kelua la dari bayang bayang kau tuhh hahahahha

Update Harianku..

Kehidupan tanpa MAK


SUNYI SEPI bermaksud:
Bukan sunyi disebabkan tiada siapa yang menemani hidup aku,
 tapi sunyi dengan bebelan dia pada setiap hari yang sedang mengajar aku.


LAPAR/DAHAGA bermaksud:
Bukan lapar/dahaga disebabkan tiada makanan atau tiada duit untuk makan,
 tapi lapar/dahaga dengan makanan yang di masak dan minuman yg di bancuh oleh dia.


SEDIH bermaksud:
Bukan sedih sebab bf/gf yg melukakan hati, 
tapi sedih aku tiada tempat untuk mengadu pabila aku ada pelbagai masalah.


MENANGIS bermaksud:
Bukan menangis kerana aku sengaja mengatal mahupun mengada, 
tapi aku menangis tanpa aku sedari bila aku teringat sesuatu yang dapat mengimbau kembali masa zaman kami bersama.



Kadang kadang aku mengadu di dalam hati, aku hidup nie seolah olah terpaksa.
 bila aku ketawa tanpa had itu bermakna bukan aku GILA! tapi aku sedang melepaskan sesuatu yang sedang aku pendam.