DIAMBANG waktu

Mungkin kita tak paham atau memang tak paham tentang diri seseorang. .

Setiap kehidupan banyak rintangan yang dah dilalui. . Orang takan tahu apa yang kita lalui pada setiap hari. . Jadi jangan la kita suka suka memghukum orang begitu sahaja ye dakk. .

Harini berlakunya benda yang tidak disangkakan,difitnah tanpa bukti yg kukuh. . Nak mengadu dengan dia tapi dia berada jauhhh di TANAH SUCI MEKKAH. . Aku disini hanya bersabar menunggu kepulangannya. . Setiap titik air mata yang aku jatuhkan dialir tanpa dirinya. . Betapa sakitnya bila simpan terlalu banyak masalah dalam jiwa dan kepala otak nie. .

Serabutnyaaaaaa. ..

RUANGAN

Ada yang PM menanyakan adakah aku cerita nie ada kena mengena dengan orang tersayang?

Deiii aci saiya cerita tentang diri saiya. .
Bukan pasal itu bakal suami saiya. . 

Tapi kalau bercerita tentang diri kau hado. . 
Kalau ada terasa deep deep tu mintak maap la ye. . Takan rasa pedas kalau tak kita yang tergigitnya. . Kennnnn

Ini dinamakan ruangan bercerita kita seharian buta. . Ada kala tak semuanya kita dapat meluahkan semua aktiviti seharian kita pada seseorang ... weiii dia pun ade kelija jugak takan laa nak hadap cerita harian kita ja kottt. . 

Ada yg tak menggunakan otak mengajukan soalan "pakwe kau tak tau pasal kau ke? Aku stalk kau dok cerita dalam blog je pe pasai?"

BEB, pakwe haku  tu bakal menjadi suami . . N dia tau apa tu tanggungjawab. . Kalau setakat nak berpasangan tak sah ke akhir hayatnye ape gunaa. . 

Xoxo:khaililykamal

KESIALAN

Lepas satu satu benda yang datang dekat hidup aku. .

Aku manusia jenis baik dengan semua kalau orang baik dengan aku. . Tapi ade jugak terselit manusia jenis yang suka makan orang dalam diam tanpa kita sedar dia pun dah memguasai segalanya. .

Aku bagi muka dekat kau jaga elokelok bukan kau makan aku dalam diam. . Kesabaran aku pun ade ade tahap beb... πŸ˜–

Selama nie aku saba saba saba macam sial ye kau balas. . Ape la nasib aku nie😞 nak marah lepas kan dekat orang aku takot ada yang terkecil hati  baik aku nangis teresak esak bawah bantal je lagi baik. .

Tapi itu lah aku, marah sekejap kendian baik semula. . 


DAY 1 deman

DAY 1

Hari nie mulanya start demam, habis semua emosi terganggu. . Aku masih lagi larat nak berjalan n becakap dengan orang. . 

Hopefully esok dh sehat. . Tayah laa demam lama lama buang masa pulak aku rasa. . 

Harini lemah badan dengan tiba tiba, pegi mencari klinik tapi hampanya semua klinik tutup di kawasan changlun,kedah . . 
Aku masih mampu drive untk mencari sebab aku tanak diri aku dilanda sakit . . 

Pegi ke tempat kerja semula dn memberi tahu ayah nk rehat sebentar. . Aku mengambil masa beberapa jam untuk melelap kan mata ingat kan bila dah rehat tu dah kira sehat tapi semakin lemah badan2 nie . . 

Aku pejam kan mata aku lagi sekali dengan harapan bila aku buka mata aku sehat seperti sedia kala. . Minit minit yg aku lalui aku bermimpi mak datang mengusap kepala ku dan meletakan kain di atas sekapala πŸ˜” waktu itu aku rasa dingin dan segar rasanya. . 

Dengan harapan yang cukup tinggi aku membuka mata untuk menerpa mak aku yg sedang mengusap kepala tapi yang aku lihat adalah tangan aku sendiri meletakn bantal di atas kepala dan yg usap kepalaku tdi adalah tangan aku yg mengurut kepala yg sedang sakit tadi. . Bergenang air mata aku secara tk sengaja aku cuba tarik nafas sedalam dalamnya supaya berhenti menangis. . 

....... bersambung

SEBAB IA berlaku

Sapa kata aku tak mempunyai hati dan perasaan?

Nak tahu tak perasaan aku bila kehilangan seorang mak yang sentiasa menguruskan tanggungjawab harianya . . 

Mak aku dulu membebel mcm mana pun dia MASAK tu pekara wajib dalam hidup dia. . Tak kesah la berada dekat mana sekali pun dia tetap akan sentiasa pikir pasal makan. . Aku dan abang tak penah belapa bila balik kerumah sebab lauk pauk yang dihidangan walaupun simple tapi dah cukup menawan perut nie. . 

Sekarang dia dah pun pergi buat selamanya kami menjalankan kehidupan seperti biasa tapiiii sangat berbeza pemakanan kami tidak lagi terjaga. . Apa yang ada depan mata bantai je janji perot sentiasa berisi. . 

Kadang2 orng tanye tak makan nasi tapi gemok jer. . Haaa nak bagi tau nie tak makan nasi bukan sebab tade duit atau makanan tade jual bukann!!  TAPI SEBAB TAK SEDAP LANGSUNG TAK ADA YANG MENYELERAKAN. . Sebab tu aku bantai makanan tak sehat macam maggie dan macam2 lah sebb tu je boleh buat aku kenyang dan HAPPY. . 

Sapa kata aku tak lapaπŸ˜”πŸ˜” aku lapa orang tk paham apa perasaan aku waktu itu. . 

Selepas tu ada yang tanye lagi nape tak MASAK SENDIRI tak pandai masak ke. . ?

Ha nie nak jawab . . Aku bukan tak pandai memasak tapi nikmat makan tu tak ada PAHAM!! Aku masak sedap2 aku makan sorang2 korang paham perasaan tu tak?? Mesti tak kan. . 

Tayah pikir jauh laa kau bayangkan je hari2 kau makan makanan yg di masak oleh mak kau tiba2 satu hari kau kena dok jauh dan kena masak sendiri waktu tu pulak kau makan sorang. . Bila kau dudok nak suap nasi tu kau akan menitik air mata teringat kan dia secara tidak sengaja. .  Tu baru jauh belom pegi selama lamanya macam aku lagi kan. . . 

Perasaan kau lagi sedih bila secara tiba tibanya orang ungkit pasal duit dan pasal makan . . Kalau sekali sekala tak apa nie hampir setiap hari. ..😟 

Emmm mood down betol laaa. . Nanti sambung la ye....

MAHAKARYA mimpi

Aku memang tak layak pun nak dapat kebahagiaan macam orang lain. . Apa yang layak aku nie dapat belas kasihan je. . 

Hati aku sakit bila ada setengah manusia menipu diri aku seolah olah aku nie tak mempunyai otak . . Bila aku dah tahu sesuatu benda aku cuba diamkan dan simpan rapi di kotak fikiran aku ,dah tiba masanya aku akan menanyakan soalan tersebut tapi orang masih mengidak kan apa yang dah di lakukan. . Kenapa  harus menipu? 

πŸ˜”kalau mak ada aku dah mengadu semua benda nie. . Hati aku remuk bagaikan dipijak sang gajah sehingga aku terkapai kapai meminta pertolongan. . Aku cuba meloloskan diri aku supaya tidak berlaku lagi tapi setiap kali kebahagiaan aku dapat kemudian diakhiri dengan kedukaan nape lily napeeeee?????

Apa lagi yang aku silap apee lagii!! Hidup aku sampai kesudah penuh dengan tanda tanya ,tanpa mempunyai sebarang jawapan yang tepat . . 

Durjana benar sihati yang lara ,
Kau membuat hati aku hancur berkecai,
Penipuan mu bak si arnab dan si kurakura,
Aku dilahirkan memang sebegitu rupaa....

Hari demi hari makin tenggelami kebahagiaan sebuah keluarga. . Satu persatu akan pergi meninggalkan dunia. . Aku yang ditinggalkan akan terus dipijak oleh manusia kerana keluarga yang aku sanjunggi sudah pun pergi membawa diri😭😭😭

Mak balik lah jemput  anakmu mengikuti dirimu
Tak sanggup lagi dibuli dengan permainan duniawi iniπŸ‘‰πŸ‘ˆ

KAWALAN dunia

Aku nie ibarat  lahir tade guna langsung semua menimbulkan masalah. . Kalau lah ade kaunter pertanyaan tentang hidup, aku nak tanya hati,perasaan dan jiwa nie sebenarnya untuk apa? 

Kenapa lagi aku guna dan lagi aku jaga makin teruk jadinya kenape yeh? 

Orang pernah berkata pada aku satu ketika dulu, jika hati, perasaan dan jiwa tu bergabung dia kan menjadi satu letusan tanpa kita sedari  dan dri situ sebelah pihak harus meredakan. . 

Tapi apa yang aku dapat bila keadaan tegang ia semakin tegang seperti tak akn lendur langsung. . . 

Hahhah nasib kau la lily idop kau, memang dah macam tu pun takan pernah berubah. . Bahagia kejap then akhiri dengan kesedihan .  .


BURUAN masa

Hampir seminggu aku pulang ke kl untuk menghabiskan masa cuti aku. . Aku ibarat bru dapat membebaskan diri aku daripada sangkar kehidupan yang dipanggil kerja. . 

Jika aku tk kerja mana aku nak dapat duit kan. . Itu je yg aku pikir hari2 sehingga dia membuat aku serabut sangat. . 

Tapi kenapa aku jadi sebegini rupa, hidup aku ibarat tiada arah tuju. . Semuanya terumbang ambing seperti tiada bimbingan hidup. . Mungkinkah aku nie masih dalam usia muda? Yang masih bodoh untuk mengenal mana yang kanakkanak dan mana yang dewasa?????

Walaupun usia aku sekarang 21 tahun orng kata dah boleh kawin da nie tapi aku masih lagi keanak anakan ade ke yang boleh melayan kerenah aku. . ?? Hermmm

Jawapan itu akan tejawab bila harinya sudah tiba. . .  

PEMBIAKAN kebahagiaan

Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku pada diri kita pada masa akan datang kan. . 

Kadang kala kita akan dapat pelbagai ujian tanpa kita sedari . . Ada yang susah ada yang senang. . 

Setiap apa yang kita cuba nak buat pastikan mempunyai pengisian yang tepat.  . Bila kita tesalah langkah memang payah kita nak patah balik kebelakang. . 

Diri aku dibelenggu dengn pelbagai persoalan kehidupan sehingga aku buntu hendak menjawabnya. . Tapi aku lupa Allah tu ada untuk membantu aku untuk menjawab segala galanya. . Aku yang lupa dia AKUUUU!!!!

Aku yang menghanyutkan diri aku ke lautan yang dalam, segalanya akuuu!! 

TETAPI apa yang aku pinta di jawabnya dengan sebuah ujian dari situ aku mengenal erti kehidupan sebagai seorang manusia . . Semua pun akan melakukan kejahatan tapi belum terlambat hendak untuk kembali ke jalan asal . . 

Hari hari aku meminta agar ibu aku turun 
untuk melihat aku tapi Allah memakbulkan doa aku dengan cara yang lain iaitu dengan mewujudkan seorang manusia yang dipanggil JODOH . . Aku bersyukur apa yang aku dah dapat tetapi aku masih lagi mengidak kan apa yang dia dah lakukan pada diri aku. . 

Apa lagi yang aku nak bodohhh!!! 
Tu lah kalau dah bangang, bangang jugak aku nie. . Usia makin meningkat tapi otak macam unta πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Jejak perkhawinan

Bila bercakap tentang nak kawin semua akan merasa happy kan. . Tapi kenapa hati aku rasa sayu bila pikir pasal tu. . 

Dulu mak penah becakap dan berjanji 
Bila aku  kawin dia akan buat semuanya sendiri dia penah berangan dia nak menghiasi seluruh rumahnya dengan bunga rose merah putih. . 
Mak adalah seorang pengubah bunga satu ketika dulu, pasal bunga dialah yg hebat dimataku pada masa itu. . 

Dari sebab itu lah dia nak anak dara dia kawin mengikut tema yang dia idamkan. . Aku ingat lagi kata kata dia "dik bila ko kawin mak nak buat bunga rose merah tu dekt tangga banyak2 ehhh cantiknyaa kan?" 😒😒

Mak tahu tak adik ingat sampai harini mak . . Setiap kali adik ingat adik akan nangis teresak esak. . Kenapa telalu awal mak pegi? 
Sape nak uruskan majlis kawin adik tu nanti. . 😭

Harapan aku hampir musnah kerana mak terus pergi tanpa kembali. . Hidup aku kacau bilau, aku mempertikaikan segala galanya yg berlaku dihadapan mata. . Tapi dengan kekuatan orang sekeliling aku mula membangun dan merangkak seperti anak kecil ... 

Cuba mengenal apa erti hidup ini? Dan aku cuba memahami apa yang berlaku sebenarnya. . 

Mak kalau lah mak denga apa yang adik selalu becakap adik harap mak mendoakan adik akan berada dengan orng yang baik dan mampu jaga adik pada masa akan datang . . Adik harap mak merestui apa yang adik cuba buat selama ini. . 

Mudah mudahan 2018 akan terciptanya hari kebahagiaan untuk diri aku. . Dan mula membina perjalanan seorang isteri dan ibu kepada anak anak aku. . 😘 wish me luck. . 

JAUH

Kebiasaan bila hati aku gundah gulana aku akan balik ke kg untk bejumpa dgn emak. . Aku akan menangis sepuas hati aku, sambil mengadu macam macam benda. . 

Sekarang bila semua tu belaku aku tepaksa menangis sendiri dan menekup wajah ku ke bantal supaya tidak ada yang tahu . .

Adakah masih ade yang mengerti KEHILANGAN tu rasanya sakit sebenanya?????????

kenapa kau dann kau masih tidak memahami apa yang aku rasa. . Kenapaaaaa????

 Orang selalu berkata aku bercakap seperti tiada akal fikiran . . Kau nak tahu ape puncanya?

Puncanya disebab kan KEHILANGAN paham!!!

Hari demi hari aku mula rase fadeup dengan apa yang berlaku, aku cuba mencari jalan tapi apa kan daya kesakitan itu makin kuat berada di jiwa ku . .


BENAR atau SALAH

Pemikiran aku bermain main di bucu otak,
Kadang kala ia berlari lari di serata tempat. . 
Ia membuat aku bertambah pening dan bingung apakah yang aku mahukan sebenar benarnya. . 

Aku takut membuat keputusan yg salah dan aku takut mendapat keperitan di sepanjang hidup aku . . 

Disetiap berbuatan yang dilakukan, aku kan sentiasa memerhati dengan tajam, dari sebab itu la perkara dipanggil DENDAM akan sentiasa mencul dia ruang mata aku. . 

Bila aku berbunyi dingin lagi baik dari aku memekak bisu . . Bila aku dah mula memgambil sesuatu tindakan iaitu BISU kan diri jangan pernah orang pertikaikan kenapa akan diriku. . 

Honestly, sometimes I get really fed up of my subconscious it's like it's got a mind of its own. . .


LARA hati

Sedih benar hati nie....πŸ˜”

Adakah aku memang tidak layak mendapat kebahagiaan? 

Mak, betul adik cakap adik dah cukup sabar hadap benda remeh setiap hari. . Tapi kenapa lepas mak pegi adik makin celaru dan makin kusut. . Adik tak mintak banyak cuma nak mak ade kat sebelah untuk denga semua rintihan adik. . 

Adik nak semua selesa dengan adik sebab tu adik sanggup buat ape saja untuk orang yang adik sayang. . Tapi kenapa bila adik buat baik orang makin pijak adik seolah olah adik tade perasaan nape ye mak? 

Mungkin apa yang berlaku selama nie disebabkan salah aku sendiri kot ... apa korang buat dekat aku, aku cuma diam tade sikit pun aku rasa benci. . Korang tau tak? Kadang kadang tu aku diam tanpa membalas apa yg korang buat sebab aku telalu sayang korang sampai aku takut kehilangan korang. . 

KEHILANGAN tu sakit sangat. . Aku tanak benda tu belaku semula sebab tu aku jaga hati korang baik baik . . Bila korang menyentuh perasaan aku , aku akan balik menangis bersendirian tanpa mengadu pada sesiapa SEBAB tempat ngadu aku dah pegi jauhh dari sini dan takan pulang. . πŸ˜–

SI BABI dengki

Aku cukup bersabar dengan apa orang buat dekat aku dan aku cukup tabah menempuh harian pekerjaan ku. . 

Kenapa masih lagi sikap HASAT DENGKI tidak pernah berubah? Sedangkan meniaga sesama melayu. . Cukup hampa ku katakan dengan orang sedemikian rupa . . 

Lebih mempercayai dukun dari Allah s.w.t  kenapa? 

Jika puan nak membuat kami jatuh lingkup dalam perniagaan buat lah sedikit kami tak gentar. . Tapi BERINGAT!! Jika puan menyentuh keluarga ku KEMATIAN yang akan puan hadap kan. . 

Perangai sial puan sangat membuat orang tidak menghormati puan . . Orang lain jugak ada hati dan prasaan jangan tersalah orang kamu membuat bangsat. .  

JAHANAM NAFSU


HATI, PERASAAN, JIWA  

mungkin ade segelintir tidak memahami atau pura pura tidak memahami tentang itu.   

Bila dah selalu kita mempermainkan ketiga-tiga perkataan itu, kita mula akan tersesat jauh dari diri sendiri . . 

Pernah tak terpikir bila kita menyakiti hati seseorang dengan sebab paling BANGSAT yang diberikan benda itu semua akan kembali kepada diri kita dengan 2× ganda lipatnya. . 

Mungkin sekarang kamu bermain dengan tenang tapi sampai masanya kamu akan rasa kembali apa yang orng tu rasa sebelumnya malah lagi sakit dari yang biasa . . 

Ououou ada yang baca dan berkata "alahh tade hal la takat nak tempuh semua tu" . . Hahahaha yup sungguh angkuh kata kata mu duhai hati durjana. . Ujian mu akan datang dari pelbagai segi kadang kala kau tak menyangka langsung benda tu akan terjadi dalam hidup kau. .  

Berhenti laa buat sedemikian rupa, sebelum terkena dibatang hidung sendiri . . Kalau masih tidak berubah KAU ADALAH MANUSIA TIDAK PUAS AKAN YANG SATU . . Benar benar BANGSAT hidup kau. . 


RANGKAIAN dunia

orang selalu menuduh aku tanpa ada asal usul cerita. . 
memang dari dlu sehingga kini tak pernah berubah, sampai 
kan aku mendidik diri supaya  bia terus dituduh. .  sebab benda tu semua aku tak boleh halang dan tak jangka pun nak jadi. . 

aku pasrah apa yang berlaku, diri aku sape yang tahu selain diri aku sendiri yang memahami. .  walaupun kecik hati tu memakan diri aku sendiri tapi tak mengapa pasti ada jalan penyelesaian untuk diri aku kan. . 

otak aku masih keanak-anak kan, semua benda nak memberontak tapi dalam hal hal kerja aku serius otak aku berfungsi dengan sepenuhnya . . jangan pikir aku terlalu bodoh tak reti buat semua benda. .
cabaran yang kau cuba berikan tidak setanding seperti mana Allah memberikan aku cabaran hidup selama ini. .  

kau cuba caba aku macam macam, kendian bila aku tak sahut cabaran kau tuh terus kau menganggap aku manusia paling tak berguna sekali ..  AKU NAK TANYE BERAPA JUTA YANG KAU BAYA AKU UNTUK SAHUT CABARAN TUH? 

bila dah lama selalu berlaku dalam hidup aku , aku pun menjadi seorang manusia yang tak kesah apa orang nak cakap. . lebih baik aku cakap ta tau pape daripada kau MENGGUNAKAN AKU SEPERTI ANJING. .  


RATAPAN

Agaknya sampai bila aku sebegini rupa?
Menjaga hati dan prasaan orang lebih dari hati sendiri. . Sapa yang tak rasa letih bila banyak benda nak kena pikir .. 


Cukup sabar aku hadap semua kebabian melanda ... cukup tabah aku mengaharungi cabaran hari. . Bila bercakap MEMBEBEL, bila diam TAK AMBIL TAHU, bila langkah ke hadapan kata GELOJOH dan bila ambil perhatian kata CONTROL
Ape laaa dasyat sangat hari yang aku tempuh nie. . 

Bila kita cuba membuat sesuatu perkara yg sama dia buat dekat kita kata MEMBALAS. . 

Sampai bila dowh. .  Makin hari makin bertambah bosan nak lalu jalan yg sama ... agaknya lagi baik bediam macam orang pekak bisu tu kot tayah cakap pape bhaahhahaha. .

PADU

Kadang kala kita terlupa katakata yang dilafaskan di setiap mulot manusia ni hanya sekada manisan harian. . 

Tambah tambah lagi dengan perkataan JANJI
 . . Haihh semua pun suka berjanji tapi tak penah menunaikan. .

Kalau la kau rasa betapa sakitnya bila janji tu hanya sekada katakata mulut manusia. . Bila difikirkan balik bodoh betul aku, mudah kena tipu, mudah pecaya dan mudah segala benda la senang cita, pastu akan berakhir dengan tangisan tanpa henti ...

Itu la aku memang susah nak ubah . . Mungkin masih ada lagi yang tak memahami macam mana peritnya nak hidup tanpa seorang ibu. .

Dulu aku meluahkan semua apa yang aku rasa, kini aku terpaksa simpan semuanya sendiri  sebab tak ade yang akan menjadi pendenga setia selain ibu yang tercinta. . Aku mohon sangat kalau lah aku dapat berjumpa dengan dia lagi sekali akan aku luahkan semuaaa apa yang aku rasa sekarang. .


Orang tak paham apa itu sunyi sebenanya..
Sebab tu orang akan cakap "alah  mengade la kau"

Wehh kau tau apa aku rasa bila korang cakap macam tu pada aku? Tak rasekan sebab tu la korang seronok cakap jee . . Aku menangis dalam hati teresak esak tau sebb tu aku tutup kan masalah aku dengan ketawaaa macam orang gila. .

Manusia nie dia suka sembang padu bila tak kena kat batang hidong sendiri je sebab tu cakap ikot sedap anak tekak . .



HARTA makanan dunia

Bila bercakap tentang cinta & sayang pasti satu hari nanti akan dikaitkan dengan wang ringgit masa akan datang πŸ’’

Kenapa?

Sebab ia adalah lumrah manusia kan? Memang benda tu menjadi asam garam sesebuah kehidupan berkeluarga . .

Orang memikir semua kaum hawa dalam dunia nie mencintakan wang ringgit sematamata. . Kerana SEORANG BUAT TAHI semua kaum hawa dikaitkan. .

Tak semua beb mata duitan, setiap orang berbeza beza akal dan isi hatinya. . Jangan lah kau anggap semua pun macam tu atoii yaiii. .

Nasib badan la kalau dok jenis dpt perangai lagu tuh. . Harap mintk dielakn jika terjadi kepada diri aku sendiri, kadang kala aku pun tersasar jauh memikir kan masa depan sehingga lupa akan tak semua benda kita boleh beli dgn duit. ..




DUSTA JIWA

Walaupun jauh, tetap hati nie selalu berkata sentiasa dekat dengan dirinya . . Aku tak pernah percaya cinta jarak jauh nie adalah benar dalam dunia rialiti . . Selama nie sekadar drama mendengar khabar angin je... 

Hati rasa rindu tapi malu nak ucapkan dengan sejambak kata. . Ye la takan nak cakap hari2 rindu pulak en kang orang cakap tade ayat lain ke nak ungkapkan setiap hari hahahahah. . ♡

Uih haku pun tamau la bagi orang cemuih dengan perangai nie. . Kekadang tu aku tepaksa belakon dalam nada suara lain sebab aku takot bila menjadi nada diri aku akan menangis sepanjang masa . . Hahahahha macam bebudak laa haku nie pun!! Aihh

Lily kau pun tau apa yang terbaik, mintak buang sikap kekanakan kau tuh. . Beringat! Tak semua orang akan ada masa  untuk diri kau tuh adakala kau kena jugak bersendirian . . 

Perancangan telah di susun rapi hanya menunggu harinya akan tiba . . Persetujuan pihak keluarga adalah benda yang paling penting sekali dalam hidup aku jadi aku tak perlu takut lagi untuk berkongsi niat sebenar . . 

Terima kasih ayah selalu memberi sokongan utama dalam hidup nieh. . Dan abang, aku ucapkan  terima kasih sentiasa memberi kata semangat dlm jiwa aku . .  Dan yang terakhir Mr.El terima kasih kerna awak mampu menjadi segalanya dalam hidup saya . . 

DIMAMAH hari


Hari demi hari aku melalui jambatan yang semakin sempit. . Aku tak tau kenapa? Hati aku resah bercampur baur dengan pemikiran negative. . Apa akan berlaku benda yang tak sepatutnya terjadi? 

Perasaan tu mulai datang semula seperti terjadinya pada arwah ibuku dahulu. . Dengan pantas ia memberi aku perasaan yang agak sukar untuk aku memilih . . 

Adakah mimpi ngeri tu akan berlaku lagi? 
Ohhhh tidakkkkkk!! Jangann bagi aku jatuh tersungkur terok kali ini . . Aku mohon ya Allah aku mohon pada mu. . 

Wahai hati, mintak jauhkan lah benda anasir yang tidak sepatutnya masok dalam jiwa mu. . Dia membuat aku kusut tak terhingga. . Saban hari aku cuba menenangkan tapi masih tidak berjaya. . 

KESALI


aku cuba menegahkan diri aku supaya sentiasa kuat menghadapi cabaran hidup,
jangan pernah menyesali apa yang dah pernah aku lakukan . . 

didik diri sendiri supaya tidak pernah menyesal apa yang telah dipinta. .
seandainya apa yang aku doakan tidak termakbul tidak bererti aku akan lupa diri aku sendiri . .
usaha lagi dan lagi sekiranya ia masih tidak dimakbulkan tidak mengapa 
saba dan terussss usaha sampai mampus! hahahha

nampak macam apa tah kan? usaha benda yang tak memberi manfaat pun. . .
tapi tak salah kan kalau mencuba benda yang baru tanpa ada rasa putus asa? ken ken ken. . .
aku percaya mak pun tengah mendengar apa yang aku niatkan. . . semoga dia pun berdoa untuk aku supaya mempercepatkan lagi diri aku berubah dengan lebih teratur. . 




MENGHITUNG hari


apalagi aku mampu buat selain daripada berdoa kepada Allah,
aku tak mampu nak menghalang kehendak orang yang sudah merancang perjalanan hariannye. .
ya Allah bantulah aku, aku mohon padamu mendengar kata kata aku. .  

doa yang aku pinta sudah pun aku meletakan nazar
"sekiranya Allah memakbulkan doa aku ini maka demi Allah aku akan ......................"

setiap aku berdoa aku disertakan dengan air mata, aku tidak mahu merasakan kesakitan lagi 
aku mahu yang terbaik dalam hidup aku. . aku membuat nazar bukan lah untuk sesiapa pun tapi untuk diri aku sendiri supaya aku dapat mendekatkan lagi diri aku pada Allah. . 

selama ibuku pergi aku lupa akan ajaran aku sendiri , aku terleka dari semua segi sehingga aku mengabaikan apa yang wajib. . aku mempertikaikan apa ajaran aku, aku mempertikaikan kenapa Allah tidak bersama aku. . adakah Allah masih wujud?

itu lah kata-kata aku satu ketika dulu sepeti manusia yang tidak mempunyai akal fikiran . .
cakap mengikut hati tanpa berfikir terlebih dahulu. . TAPI Allah tu maha berkuasa lagi maha penyayang  dia tidak pernah tak berada di sisi aku, dia sentiasa memberi aku peluang untuk aku mencari jalan yang sebenar . . 

aku hanya berusaha untuk mendapatkan kebaikan hanya Allah akan memakbulkan dan mengizinkan permintaan ku ini . . 




MIMPI ngeri

aku pernah sesat di dalam mimpi aku sendiri sehingga 
membawa aku tersasar jauh dari tebing diri. . kini aku mulai terjaga dan tersedar dari mimpi tersebut dan mula kembali kejalan asalnya. .sepanjang perjalanan tuh banyak benda yang aku lalui sehingga membuat aku jatuh terduduk dan tak mampu bangun semula. . sikit demi sedikit aku bangun dengan bantuan keluarga tersayang , dan lebih meluaskan lagi pemikiran dan mata hati aku adalah dengan bantuan seorang lelaki yang bakal bergelar suami . .mimpi ngeri kehilangan seorang ibu bertuka menjadi REDHA. . . semua akan melalui benda yang sama tak akan ada yang dapat lari dari ketentuan Allah.. 


 aku yakin mimpi ngeri ini akan  berulang lagi sekali
tanpa menunggu  masa , dan aku yakin aku akan lebih lemah dari yang sebelumnya . .
aku berharap aku dapat bangun dengan pantas sebelum mimpi ngeri menyelubungi diri aku .. 

#khaililykamal

UBAT hati

Bila time orang lain:

Orang merajok , dipujok rapi
orang marah , diredakan
orang sakit hati, ditenangkan

dan macam macam lagi laaa. . 

Cuba bila time diri sendiri:

merajok, pujok diri sendiri
marah, cuba tenangkan sendiri
sakit hati, usaha abaikan (positive)

kalau dah ini lah hidup aku tapeee biakan lah 
nak buat macam mana terima dengan hati yg terbuka. . 
Nanti kang lebih lebih orang cakap CONTROL, TAK MEMAHAMI, OTAK KANAK KANAK, PEREMPUAN TAK BERGUNA, ANAK MANJA, dan macam macam lagi lah
semuaaaanyaaaa salahhhhhhhh!!!


KATAhati kecil

Semua manusia pun takan pernah lari daripada kesilapan . . 
Benda tu jadi satu ikutan semasa  perjalanan kehidupan seharian. . 
Didikan setiap orang lain lain jadi sape diri kita untuk menghukum orang sesuka hati betol tak?

Aku menerima dengan lapang dada jika sekiranya berlaku yg tidak diingini pada diri aku. . 
Aku tidak pernah meminta tetapi benda sebegitulah selalu mencemburui kepercayaan diri aku. . 

Hati  mudah terguris walaupun sebesar virus H1N1 . . 
Orang kata jika kita selalu terkena, hati kita akan berubah dengan pantasnya menjadi SEKERAS BATU NISAN. . 
Tetapi aku adalah aku dicipta memang macam nie selalu melihat kesilapan aku sendiri  dan mulai berubah. . Kadang kadang semua benda tu bukanye datang dari kesilapan aku sendiri pun. . 

Percaya akan diri sendiri dan jangan ikot apa orang buat 
Kau jadi diri kau.   Kalau kau rasa dah melampau sngat orng buat kau
nangis je puas puas sampai kering air mata tu kendian dah letih tido laaa
hahahahah tak susah kan. . 

Tak usah ambik hati dengan benda kecik kecik nie buang masa je. .
pikir positive  udah lee. . 

#khaililykamal

JEJAK perantauan


kadang kadang aku terpikir satu benda yang sangat musykil dalam hidup aku, selalunya akan berubah  pada bila bila masa tanpa aku sedari. .  
mungkin aku masih lemah akan permainan dunia kerna itu aku mudah terleka dari pelbagai segi. .
sekarang aku menemui jalan kebahagian esok lusa kita tak tahu apa akan terjadi kemungkinan kesakitan akan kembali menghancurkan diri aku . . 

aku berharap si pembahagia akan membawa aku kejalan yang benar dan tidak kembali jalan yang penuh dengan kisah ngeri . .  ya aku tahu selepas ini aku akan di uji dengan pelbagai rintangan  . . sekarang baru aku lalui tahap pertama dan kemudian akan disusuri dengan tahap seterusnya ..

sejahat jahat aku, aku tetap akan kembali kepada yang maha pencipta untuk aku merayu dan meminta HIDAYAH yang lebih besar untuk aku . . sekarang aku diusung dengan igauan semasa lupa kan diri yang telah jauh ditinggalkan . . 

tapi aku yakin Allah tidak pernah meninggalkan aku, dia sentiasa membantu dan menjuk kan jalan yang benar. . pabila aku melakukan sesuatu yang jahat dan keji, secara PANTASnya dia memberi pembalasan setimpal tanpa menunggu waktu . . aku menanggung akibat diatas perbuatan aku sendiri . 
sekarang seharusnya aku menyedari kebahgiaan itu aku yang menghianati bukan lah dari pihak yang lain. . lily bukak mata seluas luasnya dan lihat apa yang berlaku atas tindakan kau sendiri dan jangan pernah kau lupa akan kembali ditempat asal jika kau dah tersasar jauh dari iman sebenar kau . .

DEBUNGA jiwa

susah untuk kita mengarah jiwa untuk melakukan benda yang lebih matang,
sebab pendirian kau sendiri tidak tetap kerna itu setiap kawalan kau tidak berfungsi. .
bila pemikiran kau mulai tegas akan diri sendiri dari situ lah kau dapat kawal dari pelbagai segi . .

mungkin sebelumnya aku dibuai mimpi sehingga aku lupa untuk menyedarkan diri aku yang aku sedang dibawa jauh dari dunia sebenar. . .pabila aku mula menyedar akan diri aku  sudah pergi jauh dari dunia sebenar , aku mula menyentak jiwa aku bangun dan mula berkata "lily kau dah terlalu jauh tersasar kau kena kembali ke asal" dan dari situ aku berjalan semula ke diri aku untuk menyedari akan mak tak akan pernah kembali tapi dia selalu ada dalam diri kau ..

tentu dia sedih melihat aku selalu meratap namanya dan meraung memanggil dirinya. .
arhhh! aku tamau benda ini berulang lagi. . . bangun lily kau kena teruskan apa yang dah ade di depan mata , kau kena mencipta sejarah yang baru dan buku yang baru. .  jangan pernah kau pandang masa yang lepas sebab benda benda itu yang akan merosak kan kau kembali dengan sepantasnya. .

xoxo :khaililykamal

SEMERAH HATI

kebahagiaan itu datang kembali menusuk hati,
aku berharap kali ini tidak melukan jiwa seperti yang lepas. . 
pilihan kali ini adalah pilihan aku sendiri dengan hasil usaha aku sendiri
jadi cukup kukuh kenapa aku nak berdiri lama . .

perubahan yg berlaku amat lah ketara, dengan keputusan yang sangat memberangsangkan. .
aku tak menyangka dengan perubahan sikap diri sendiri seperti remaja yang tidak matang kini telah menyedari akan semua itu. .

ajar diri  supaya tidak kejam akan diri orang lain , kerna ia akan  memberi kesan buruk terhadap diri sendiri pabila masa akan datang. . .  tak salah kalau kau bersabar buat seketika kan lily :)

dulu aku selalu menyalahkan diri aku sendiri apabila aku membuat sesuatu kesalahan kecil mahupun besar seperti mencederakan diri tanpa aku sedar . . . ohhhh! bangang nyee lah aku nie

but now tiada lagi, kau kena bangkit lily, jangan kembali ke masa lampau kau 
benda tu bodoh bercampo bangang  tau tak!!!!

hahahhahaha bila teringat balik bia lah benda tu berlaku pun sebab benda2 mcm tu lah mengajar diri kau supaya menjadi lebih kuat lagi. .

xoxo :khaililykamal

Nada iramamu


aku sedang menjalani liku liku kehidupan. .  sampai satu tahap aku akan meningkat dewasa dan mempunyai pemikiran lebih matang lagi. .  seperti music yang dimainkan, ada kala nadanye akan tinggi dan ada kala nadanye akan menjadi rendah..  

Menyusuri tepian pantai.
Seorang diri ku tertatih.
Berteriak ditepian pantai.
Seorang diri ku merintih.

Aku masih tak berdaya.
Akan dirimu yang tlah pergi.
Dan bagiku, kebersamaan ini terlalu singkat.
Lihatlah aku dari atas sana.

Aku mengenang kebersamaan kita.
Disini dipantai ini,
Saksi bisu kebersamaan kau dan aku.
Saat ku merintih dibahumu.
Saat tanganmu mengusap linangan airmataku.

Dan tak luput canda tawamu
Selalu menghiasi hariku
Senyum manismu melekat dalam benak
Dan pikiranku
Mengapa tuhan memanggilmu.

Disaat aku begitu nikmati bersamamu.
Kini kau tak lagi bersamaku.
Atau pun mereka.
Kau tak lagi bersama dunia nan indah.
Salahku tak kuturuti apa inginmu saat itu
Keinginan terakhirmu.

Melihat deburan ombak yang menggulung
Melihat indah jingga menghiasi cakrawala
Melihat setiap dahan menari indah
Doaku untukmu tak luput dari setiap sujudku
Semoga tuhan memberikan tempat yang indah,
Di surga sana di kehidupanmu yang baru.
Tenang, tenanglah kau disana.

Tak pernah aku tak menunggu


Salahkah aku menunggu orang yang takan pernah kembali di atas muka bumi ini? Salahkah aku menyebut namanya berulang kali agar dia menziarahi aku?

Kenapa manusia seperti kau bukan membantu aku untuk  memulihkan semangat diri aku? Bila mendengar kata kata kau cukup sakit & perit hatiku ini wahai kawan. .  Percakapan mu sangat la seperti manusia yg tidak dihantarkan ke sekolah . . Perbezaan diantara dua perkataan ayat kau tidak mampu nak menghuraikan. . 

Mungkin kau iri hati kerna bapak aku masih hidup dan mengambil tahu pasal aku? Tak mengapa la wahai kawan, satu hari nanti kau akan sedar semuanya akan pergi tanpa kembali dari situ jangan kau kesal . . 

Perasaan aku sebak bila seminggu je lagi sudah habis bulan Ramadhan dan mula melangkah ke Hari Raya Aidilfitri pula. . Dan aku masih begini tanpa berubahan menangis dibaju arwah, dan meraung dibantal arwah. . Mungkin masih tidak lagi melihat perbuatan aku itu kan? Kerana aku akan memaparkan wajah aku dengan senyuman dan gelak ketawa riang aku pada setiap hari tanpa orang merasakan aku sedang berduka. . πŸ˜”πŸ˜”

Dunia Beremosi


kenapa dengan aku sejak dua menjak nie..
emosi aku langsung  tak stabil , habis segala apa yang aku buat akan menjadi beban di bahu aku ..
apa mungkin aku terlalu letih?

lily tolong la lily jangan buat masalah dohhh.. banyak keje lagi nak kena buat. tadak masa la nak amik kesah pasal diri ko je weii .. serabut kepala aku dok keje pikir kan ko je tolonggg la emosi berambus la dari otak aku..  dah tak larat hari hari aku menangis dok pikir yang tah pape tu , benda yg tak sepatutnya pun untk aku pikir..

MAK


mak puasa nak dekat dah nie mak.. balik la mak jumpa adik kejap..
adik rindu semua benda mak... 
tolong la mak adik merayuuuu sangat sangat mak....

 

Bertalu-talu

semakin hari sakit betol hati nie ..
kalau aku diberi peluang aku nak cabut hati nie sekejap, lepas aku dh bersihkan cukup cukup akan aku pasangkan semula ditempat asal..

kalau orang tahu apa yang aku rasakan, kan senang tak payah aku nak berlakon dengan semua orang pura pura bahagia, dan pura pura senyum... setiap langkah aku pada setiap hari pasti memasang topeng muka yang berlainan supaya aku dapat menutup masalah aku yg sedang aku hadapi ni..

cukup sakit kalau kita dok mengadu dengan hati, mintak sangat hati nie ditambah ruang untuk aku mengadu rintihan aku pada setiap hari .. aku dah cuba macam macam cara supaya dapat meluahkan semuanya tapii..... ia tetap akan kembali walau aku luahkan banyak mana pun..

mak tolong adik mak...adik dah tak tahan la mak hidup macam nie..
adik mintak sangat mak balik jumpa adik ...

Berat memikul

Setiap hari aku menangis bila mengenang tentang hidup aku.. ada lagi ke yg masih nak aku untuk dijadikan seorang isteri?

 penyakit aku semua dikait rapat dengan soal ZURIAT...
Buntu fikiran aku bila aku mengenang masalah yg sedang aku hadapi.. 

Dah masuk 5 bulan aku memikul penyakit FIBROID . . Ramai yang kata alahh benda tak MEMBAHAYAKAN pada owner pun..

Ye memang tak bahaya langsung tapi  korang lupa yg akan aku membawa  perot yang sebesa 10cm tu hari hari pegi bekerja  .. letih membawanya kerana terlalu berat.. 

Bila aku berhadapan di depan cermin aku mengalirkan air mata dn mula berkata ya allah besa sungguh perut aku nie.. kalau orng nampak betapa buruknya diri ku ini mesti menjadi bualan ramai...  hari hari aku besaba supaya tidk menghiraukanya ..

Cuba berpikiran positive tapi pabila dia dtg dengan tiba tiba dalam fikiran aku terus emosi aku terganggu dengan pantasnya. Aku tak sengaja sebenanya bersifat baran didepan orang , aku cuba mengawalnya tapi apakan daya bila emosi menguasai diri aku... πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜” 

Xoxo: khaililykamalπŸ’•

BEBAN.. (satu ujian)

semakin hari semakin banyak beban aku terima..
tangisan aku tiada sape yang mendengarnya... semakin hari semakin susah aku nak tempuh semua rintangan yang diberikan..
hari demi hari aku cuba melangkah semua masalah yang ada dan aku sudah pun menyelesaikan satu persatu..
tapi kenapa? semakin hari semakin berat dan banyak? adakah kerana aku mampu TERSENYUM?


sunyi sepi mula kedengaran

Semua yang berlaku hanya sekelip mata..
kebahagiaan tidak akan datang selalu dalam diri aku..
bila aku sedang mencipta memori, aku diberi ujian berlipat ganda 


Aku tak pernah terfikir mencari yang lain untuk mendapat yang terbaik..
Sesusah bagaimanapun aku tetap akan tempuh segala keperitan yang diberikan..
aku cuba melalui pelbagai rintangan, walaupun dipijak seperti sampah

tapi ... kenapa? Sabar aku tiada jawapan ? 
Ia berakhir dengan sekelip mata..
kehidupan yang penuh dengan kebahagian, bertukar menjadi tangisan
adakah adil bagiku? 

kenapa aku tak mampu menahan kebahagiaan tu? 
Kenapa sekejap sangat aku diberikan peluang untuk mencipta memori itu?
Kenapaaaaaaa?

Hidup aku bertukar menjadi suram
cuba mencari kawan untuk membuat aku rasa hilang kesunyian
bila habis waktu berkerja aku cuba mengejar masa supaya cepatnya hari esok
Aku tanak tempuh hari sunyi aku dengan tangisan..

aku beranikan diri untuk melepaskan segala pikulan aku selama ini..
walaupun aku tahu SUNYI SEPI itu akan menyelubungi kehidupan aku..

Rintihan air mata

hidup ibarat RODA ada kala kita akan berada dibawah ada kala kita akan berada di atas..
ya itu la aku sedang menjalani kehidupan seperti RODA, apa kesilapan aku dulu sudahpun berpatah balik pada diri aku sendiri.. 

tetapi aku tak pernah rasa lemah untuk hadapi semua cabaran dan dugaan yang aku tempuhi sekarang.. SEBAB
semua kesilapan tu aku yang lakukan jadi aku patut terima dengan seadanya ...