Update Harianku..

Kehidupan tanpa MAK


SUNYI SEPI bermaksud:
Bukan sunyi disebabkan tiada siapa yang menemani hidup aku,
 tapi sunyi dengan bebelan dia pada setiap hari yang sedang mengajar aku.


LAPAR/DAHAGA bermaksud:
Bukan lapar/dahaga disebabkan tiada makanan atau tiada duit untuk makan,
 tapi lapar/dahaga dengan makanan yang di masak dan minuman yg di bancuh oleh dia.


SEDIH bermaksud:
Bukan sedih sebab bf/gf yg melukakan hati, 
tapi sedih aku tiada tempat untuk mengadu pabila aku ada pelbagai masalah.


MENANGIS bermaksud:
Bukan menangis kerana aku sengaja mengatal mahupun mengada, 
tapi aku menangis tanpa aku sedari bila aku teringat sesuatu yang dapat mengimbau kembali masa zaman kami bersama.



Kadang kadang aku mengadu di dalam hati, aku hidup nie seolah olah terpaksa.
 bila aku ketawa tanpa had itu bermakna bukan aku GILA! tapi aku sedang melepaskan sesuatu yang sedang aku pendam.

No comments:

Post a Comment