MENGHITUNG hari


apalagi aku mampu buat selain daripada berdoa kepada Allah,
aku tak mampu nak menghalang kehendak orang yang sudah merancang perjalanan hariannye. .
ya Allah bantulah aku, aku mohon padamu mendengar kata kata aku. .  

doa yang aku pinta sudah pun aku meletakan nazar
"sekiranya Allah memakbulkan doa aku ini maka demi Allah aku akan ......................"

setiap aku berdoa aku disertakan dengan air mata, aku tidak mahu merasakan kesakitan lagi 
aku mahu yang terbaik dalam hidup aku. . aku membuat nazar bukan lah untuk sesiapa pun tapi untuk diri aku sendiri supaya aku dapat mendekatkan lagi diri aku pada Allah. . 

selama ibuku pergi aku lupa akan ajaran aku sendiri , aku terleka dari semua segi sehingga aku mengabaikan apa yang wajib. . aku mempertikaikan apa ajaran aku, aku mempertikaikan kenapa Allah tidak bersama aku. . adakah Allah masih wujud?

itu lah kata-kata aku satu ketika dulu sepeti manusia yang tidak mempunyai akal fikiran . .
cakap mengikut hati tanpa berfikir terlebih dahulu. . TAPI Allah tu maha berkuasa lagi maha penyayang  dia tidak pernah tak berada di sisi aku, dia sentiasa memberi aku peluang untuk aku mencari jalan yang sebenar . . 

aku hanya berusaha untuk mendapatkan kebaikan hanya Allah akan memakbulkan dan mengizinkan permintaan ku ini . . 




No comments:

Post a Comment